Travel

Wednesday, June 03, 2015

Kemalangan Dalam Rumah : Tulang Ibu Jari Retak

16hb Mei - tengah bersiap-siap nak pegi reUnion Papa kat Kuala Selangor.
Sebelah tangan tengah pegang shawl yang baru di iron. Tangan kiri menolak pintu sliding almari, tak disangka-sangka pintu almari tu terkeluar dari landasan dan menghempap ibu jari kaki Mama. 
Sakitnyaaaaaaa hanya tuhan yang tahuuuuuu. Nak jerit cam mana pun tak tau nak menggambarkan kesakitan. Nak nangis tapi tahan. Physco diri " beranak lagi sakit beranak lagi sakit ". Hahahhaha
Papa arahkan anak-anak amikkan ais batu. Cuba untuk kebas kan ibu jari kaki. Berdenyut-denyut rasanya ooiiiiii.
Ini lah rupa jari kaki Mama sejurus dihempap pintu almari. Mama minta panadol, kut mau kurang rasa sakit. Tengah menahan rasa sakit tu sempat gak siap melilit shawl. 
Sambil terhencot-hencot dibantu Aisya, Mama berjaya turun dari tingkat dua. Nasib baik lift dah boleh guna.
Kita pergi Klinik Wong & Singh dulu. Dah la hujan, payahnya nak keluar dari kereta nak masuk klinik. Doctor usik sikit-sikit, then kata tak perlu "dressing". Doctor bagi ubat tahan sakit, cucuk montot punya sebab nak bagi yang kuat. Ubat bengkak dan ubat sapu. 

Dah dapat ubat perjalanan diteruskan ke Kuala Selangor. Sepanjang perjalanan memang kaki sentiasa berdenyut-denyut sakit. Papa dan anak-anak join Reunion Sek Men Simpang Lima. Mama duk je dalam kereta. 

Amyras bawakkan kueh-kueh untuk Mama. Memang kelaparan sungguh. Abis semua kueh. Alhamdulillah.

Berdenyut nyut nyut....

Gambar hari ke 3. Masih berdenyut nyut nyut. Memandangkan ubat bengkak pun dah abis, hari Rabu 20hb Mei 2015 Mama pegi Klinik Aniza. Doctor kata teruk ni, awak kena pegi hospital. Saya buat refer letter ye. Pegi hari ni tau, terus pegi Kecemasan. Hospital Sungai Buloh OK ke? Errrrr, saya nak pegi KPJ Rawang. OK saya buat surat ke KPJ Rawang. 
Dah dapat surat, dan tanya kawan Mama kat opis pasal GL. Mama terus pegi KPJ Rawang. 
Boleh drive? Bolehhh.. Yang sakit kaki kiri. Bawak keta auto, guna kaki kanan jer.

Sampai KPJ Rawang, lepas parking berjalan la terhencot-hencot ke Wad Kecemasan. Staff kat situ tanya nak jumpa doctor pakar ke? Sebab ada GL better jumpa doctor pakar. Errrrr.. Akak ikut je dik. Mana yang terbaek. 
Lepas tu staff bawak Mama pegi tingkat 1, Administration kaunter. Tunjuk la surat dari doktor klinik Aniza. Minta depa fax kan ke opis untuk dapat kan GL. Sementara tunggu GL, pegi cari kedai serbaneka. Nak minum, dahaga!. 
Dah dapat GL (thank you staff clinic kat opis yang cekap! You know who you are) baru leh proceed jumpa doctor pakar. 
Kat kaunter untuk jumpa doctor tu punya la ramai staff ada 8 orang kut masa tuh. Staff lagi ramai dari patient. Huhuhu
Then jumpa la Doctor Pakar dalam Orthopaedic, Trauma & Joint Replacement Surgeon - Dr VijayaChandran Viswalingam.
Bila tengok je kaki Mama yang buruk itu, doctor tanya tang mana yang sakit? Mama pun explain la sedetail-detailnya. Tak detail kang salah ubat plak. Hehehhe
Doctor kata kena x-ray. Maka, pegi la ke Bahagian pengimejan. Nampaknya Mama sorang je patient, jadi terus masuk bilik untuk x-ray. 

Ini la rupa bilik x-raynya. Tapi mama takde la kena baring. Duduk je atas katil tu, then pijak atas plate warna hitam. Dua kali amik gambar, dari atas satu dari tepi satu. Then selesai. Mama tunggu kat luar.   Tak berapa lama pastu dapat CD. Pegi balik tingkat 1, jumpa Dr. Chandran. 
Tengok x-ray (which is dah ada dalam system, tengok kat PC je) nampak la tulang paling hujung kat area kuku tu retak. 

Doktor : kerja macammana?
Mama : kerja opis, duduk je.
Doktor : Nak rehat tak?
Mama : nak ( sambil sengih )
Doktor : saya bagi MC sebulan.
Mama : Hah?? Sebulan? Lamanya, seminggu dah la kut.
Doktor : OK, awak nak kerja bila (sambil tengok calendar)
Mama : 27 Mei OK kut.

Doktor minta tunggu kat luar sementara staff sedia kan barang untuk bandage.
Sementara tunggu tu, layan la drama TV3. Eh! Syarul Ridzwan berlakon. (Tengah demam drama #hatiperempuan)

Bila dah ada barang untuk bandage, doktor balut kan.



Ada besi boleh lentur yang attached dengan polistrin. Cover bagi jangan ibujari tu duk tegak je. Tak leh gerak-gerak.

Keadaan ibu jari kaki Mama pada hari ke 11. 
Pintu sliding almari baju sudah di removekan. Fobia nak tolak pintu almari. Huhuhu

Hari ni 3hb June, follow-up KPJ Rawang.  Doctor bagi ubat sapu je. Nak kena pegi lagi 25hb July untuk x-ray. Doktor kata, tulang masih retak. Belum cantum lagi. Makan masa katanya.
Hari ke 19.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers