Travel

Wednesday, January 29, 2014

House Makeover Part 3 ~ vinyl floor


Dah lama dah teringin pakai lantai kayu nih. Masa duk survey2, baru la tau lantai kayu ni ada 2 jenis. Memang dari material kayu & satu lagi material getah depa panggil vinyl. Dari segi tahan lasak vinyl lebih tahan lasak banding dengan kayu. Harga tak jauh beza sangat. 
Stuktur permukaannya pun ada beza, hat kayu permukaannya licin, hat vinyl nih dia ada rasa urat-urat kayu. Boleh imagine tak? Hehehe

Keluasan : 13kaki x 9.5kaki
Floor (Vinyl) : RM800
Skirting (PVC) : RM260
Upah pasang : RM300
Total : RM1,360.

Kalau berminat boleh contact Serene +60 16 332 2742. Cat, wallpaper, flooring service. 

Kalau rajin boleh pasang sendiri. Macam senang jer😜. Letak gam guna roller cat tu, pas tu susun-susun lekatkan.

vinyl floor
Lupa nak tengok 1 kotak tu berapa pcs. depa bawak 4 kotak nih tak abis guna pun.


vinyl floor
nipis je vinyl ni



vinyl floor
process memotong sebab nak susun macam bata tu..pakai pisau je potong.


vinyl floor
process me'roll'ing gam di permukaan lantai


vinyl floor
process susun2 dan lekat



vinyl floor
tadaaaa...siap dah..tak sampai sejam kut...


vinyl floor
2nd day - pasang skirting. 1st day depa bawa skirting warna hitam....huh! tak matching langsung! saya mau kaler coklat jugak..kalau tunggu lama pun saya sanggup..tup!tup! esok datang bawak skirting coklat.


vinyl floor
Process pasang cover. Mula2 depa kata memang macam tuuu..tak da cover..kalau kayu baru ada cover. Cisss!! takkan la tak de..macam x siap je. Call & komplen kat Serene, esoknya datang bawak cover. Memang cover tu tinggi, tapi boleh potong ikut ke tinggian vinyl tu.


vinyl floor
Haaa..kan nampak kemas kalau ada cover. kan..kan..kan..











No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers