Travel

Monday, February 11, 2013

Teluk Senangin Lumut Perak ~ BBQ & mandi laut sampai lebam!

Sampai di Teluk Senangin lebih kurang pukul 10.30 pagi. Dah ramai pengunjung Teluk Senangin pagi-pagi ni. Tempat-tempat yang strategic untuk berkelah memang dah takde la. Sampai ke hujung jalan Pak Ngah survey. Akhirnya patah balik, parking di kawasan mula-mula masuk.

Lepas parking keta, terus bentang tikar dan start acara masak-memasak. Budak-budak di kerah tukar baju dan silalah mandi laut. Sekejap jer dah ada dalam laut.. Pantas sungguh!!

BBQ hari ni, peralatan Pak Ngah yang bawa. Ayam resepi perapan keluarga PakLong. Seafood beli kat Pantai Remis malam tadi, kat gerai tepi jalan. Katanya ikan baru naik dari laut tengahari tadi. Ikan kembung, ikan siakap dan sotong. Udang beli kat AEON Sri Manjung sebab udang kat Pantai Remis kecik bebenor.

Budak-budak, BBQ tak abis bakar dah minta makan dah. Berendam dalam air memang cepat lapar! Mama bawa mash potato & coselow tapi dah basi...sedih sangat. Moralnya, jangan buat awal-awal. Nasib baik Mak Long bawak periuk nasi & masak nasi pagi tadi.

Selesai makan, naik boat beramai-ramai dalam 15 minit. Chargenya RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak. Lepas naik boat, naik banana boat plak RM8 dewasa. Bdak2 tak leh naik. Lepas tu naik Jet-ski plak. Tapi Along Effa yang keriau sangat nak naik Jet-ski tu. Sekali naik sampai 3 orang, dah la macam kena dera je Jet-Ski tu.. Ekekek.. Jet-Ski chargenya RM50 untuk 15 minit. RM80 untuk 30 minit. Pak Long tengok Along Effa bawak, sikit punya kutuk bawak lembab. Bila Pak Long bawak, lagi selow!! Hahhaha..

Bila semua budak2 dah hitam legam kena sunburn. Masa untuk kemas mengemas & balik. Kat sini ada disediakan toilet- buang air 50 sen, mandi seringgit. Tapi bila dah ramai orang, kena beratur panjang ler.

Tamat sudah BBQ hari ni, Mama sangat seronok sebab dapat berkumpul dan bergembira beramai-ramai. Next time kita buat lagi okeh!



























No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers