Travel

Monday, February 11, 2013

Marina Cove Resort Lumut Perak ~ menyesal pilih tempat ni!!

Pertama kali nak buat 'Atok Dolah Family Day' ke Lumut. Dengan bantuan Encik Google, Mama jumpa Marina Cove Resort yang ada Penthouse 4 bilik. Wowww!! Penthouse tu.. Bunyi macam mantop jer kan? Maka boleh la seluruh family duduk dalam rumah yang sama. Walaupun dalam hotel review memang sangat lah banyak yang buruk dari yang baiknya. Makanya, semasa booking Mama tanya la, review2 yang buruk tu masih berlaku ke atau sudah ada improvement? Yang bercakap di telefon tu yang kononnya 'superior' (sbb mula2 yg angkat tak boleh jawab soalan cepu emas mama) akan pastikan guest Penthouse dapat bedsheet & tuala yang baru.

TAPI malangnya, pada pagi sebelum bertolak dari rumah. Dapat call dari 'superior' tu jugak memberitahu Penthouse bocor dan tak dapat direpair dlm masa terdekat. Mereka hanya boleh bagi apartment 2 bilik x 2 dan bersebelahan. Apa nak dikate?? 50% Deposit pun dah bayar. Terima jer lah. Nak cari hotel lain last2 minit waktu cuti Chinese New Year ni boleh dapat ke?
Yang baiknya, harga murah la sikiiiiittt.
Penthouse 1 malam RM444, Apartment 2 bilik RM398.

Sampai-sampai di resort, parking penuhnya!! Parking tepi2 hotel jer. Takde parking berbumbung. Sampai kat reception, tanya ada trolley tak nak angkat beg & barang2? "Trolley ada 3 jer, tak tau la kat mana trolley tu" #sentap!! Kat reception ada 4 orang, 2 orang mengadap komputer, 2 orang duk lepak jer kat belakang. Tanya ada peta Lumut tak? PUN TAKDE jugak...gggrrrrrrr ..

Bila sampai kat dalam bilik. OK la, 2 bilik, 4 katil single, 2 bilik air. Ada peti ais, sinki, cerek, tv 'gemuk', sofa dan meja makan. Balkoni mengadap kolam & laut. Tapi bila tengok tilam & tuala. TAK BARU PUN!!

Hari ke-2, balik dari BBQ di Teluk Senangin ingatkan dapatlah tuala baru dan katil berkemas. Tapi malangnya, tuala tak dapat yang baru sebab tuala semalam sidai kat luar dan katil pun tak berkemas!! Grrrrrr.. Makngah dapat tuala 'baru' yang berlubang. Kain buruk kat rumah pun tak koyak kut!!

Next time takkan booking dah hotel yang reviewnya buruk. Minta maaf sangat2 kat Atok, Paklong MakLong & PakNgah Mak Ngah.

#moodkeciwa













2 comments:

  1. Teruknya resort ni. Mmg kena pangkah la lps ni.

    ReplyDelete
  2. Ts mcm prnh g masa retreat. Ya ke? Tp mmg x canteks sgr.mkn pun x sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers