Travel

Tuesday, August 04, 2009

Aimy 35 Hari


Aimy 35 Hari

Check kat Klinik Kesihatan Serendah. Mula2 ambik nombor. Dapat no. 24. Bila nama dipanggil, ukur panjang, lilit kepala & berat Aimy. Kemudian timbang berat & tekanan darah Mama.

Result Aimy:

Tinggi - 57cm

Lilit kepala - 36cm

Berat - 4.5kg

Result Mama:

Berat - 52.2kg ( uhukk! )

Tekanan darah - 120/80

Kemudian, Mama kena pegi makmal untuk test urine & darah.

Urine - Normal

Darah(Hb) - 13.0gm%

Masa ni, papa yg dukung Aimy. Lepas dapat result dari makmal, pegi bilik nurse pulak. Dalam bilik nurse, Aimy diperiksa badannya. Semua ok. Nurse kata x nampak macam bdak sebulan. Lepas diperiksa, pegi ke bilik lain untuk cucuk Hep B. dalam jadual pelalian, Hep B 3 kali. Selepas lahir, Sebulan & 5 Bulan. Sementara tunggu no dipanggil. Susukan Aimy kat dalam bilik penyusuan. Tapi malangnya ada ibu yg bawak 5 org anaknya makan dalam bilik tu. Memang rasa x selesa, tapi dah itu memang bilik untuk menyusu..so, mama teruskan jer la. Baru kejap Aimy menyusu, papa dah datang bagitau no dah dipanggil. Kesian Aimy, tgh lapar lagi, tapi terpaksa la.. Aimy kena cucuk kat peha. Meraung sampai merah la muka. 1st time Aimy menjerit sekuat hati cam tu. Lepas tu, tunggu untuk doktor periksa pulak. Sebab Aimy duk nangis, Mama pegi susukan lagi.

Belum sempat kenyang, papa dah datang. Sebab lambat masuk bilik doktor, doktor dah panggil patient lain. kena tunggu lagi, mama masuk bilik susu balik.

Baru kejap nyusu dah kena panggil lagi..aduihhh..letih betul mama kesana kemari.

Kat dalam bilik doktor, doktor check sama macam yg nurse check. Semua Ok, takder apa2 masalah. Doktor bagi balik. Keluar dari bilik doktor, pegi kaunter untuk buat next appointment. Pas tuh balik umah, sampai umah dalam koi 4.

Ok la tu..pegi koi 2pm balik koi 4pm. Termasuk perjalanan ambik masa 2 jam.

Tapi tu la penat sebab keluar masuk bilik. Kalau gi klinik biasa..sekali masuk jer..hehe

2 comments:

  1. Aimy adik beradik memang kecik2 semua chubby chubby!! gerammmnyer tengok!!!!

    Biasala tu gomenn.. tahap kesabaran kena tinggi! ekekeke

    ReplyDelete
  2. aku penyabar orangnya...akakkaka

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Sudi Komen :)


Daisypath Anniversary tickers